Green Growth Asia Foundation

GGAF, Reneuco Meterai NOC Kerjasama Pendidikan Perubahan Iklim Melalui Program Eco-Schools Malaysia

SMK Seri Pekan menyertai program Eco-Schools Malaysia dengan tajaan Reneuco Berhad

PEKAN, PAHANG, 20 SEPTEMBER 2023 – Green Growth Asia Foundation (GGAF), selaku penyelaras kebangsaan program Eco-Schools di Malaysia, hari ini telah memeterai Nota Kolaborasi (NoC) dalam usaha mengimplementasi pendidikan alam sekitar dan usaha kelestarian di SMK Seri Pekan melalui program Eco-Schools Malaysia.

Program Eco-Schools adalah sebuah inisiatif diiktiraf global dalam memperkasakan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan persekitaran yang mampan dan mesra alam. Program ini telah dibangunkan oleh Foundation for Environmental Education (FEE) yang berpusat di Copenhagen, Denmark. 

Di bawah perkongsian strategik ini, Reneuco Berhad, sebuah syarikat Malaysia yang menjalankan aktiviti berkaitan pembinaan dan perkhidmatan kejuruteraan khusus dalam segmen tenaga mampan dan utiliti, merentasi pelbagai projek di peringkat tempatan dan antarabangsa, berperanan sebagai penaja bagi program Eco-Schools di SMK Seri Pekan.

Reneuco Berhad komited untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG), sejajar dengan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)nya. Kolaborasi dengan GGAF menegaskan komitmen Reneuco Berhad dalam mempromosikan pendidikan yang inklusif dan saksama, selain memajukan peluang pembelajaran sepanjang hayat yang menyumbang kepada matlamat pembangunan mampan. Inisiatif ini lebih memperkayakan perjalanan Reneuco Berhad dalam aspek Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), memperkuat prinsip sosial yang menekankan hubungan positif dengan komuniti di mana perniagaan beroperasi.

Encik Khairil Ikhzan bin Abd Aziz, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Reneuco Berhad, menyatakan kegembiraannya tentang perkongsian ini, menyatakan, “Kelestarian melalui Kepelbagaian” (‘Sustainability through Diversity’) bertindak bukan sahaja sebagai visi korporat Reneuco. Ia merupakan sebuah kepercayaan yang tertanam dalam budaya syarikat kami serta dalam segala yang kami lakukan. Selaras dengan kepercayaan ini, kami sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada Program Eco-Schools yang membolehkan kami untuk melanjutkan usaha ESG kami dan memberikan kami platform untuk menanam kesedaran mampan kepada pelajar sejak usia muda.”

“Selain itu, sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab sosial, kami sentiasa menghargai kerja-sama dan ingin memberi kembali kepada komuniti di mana kami beroperasi. Inilah jalan yang baik bagi kami untuk terus terlibat secara aktif dalam pembangunan komuniti di Pekan, Pahang sambil menuruti seruan kerajaan Malaysia untuk mencapai sifar pengeluaran karbon menjelang tahun 2050 dan menyokong inisiatif ‘Pahang Greening Education Partnership 2030’.”

Siti Hajar binti Jamal, Penyelaras Program Pendidikan Hijau dari Green Growth Asia Foundation, menekankan peranan penting yang dimainkan oleh pihak berkepentingan dalam pembangunan mampan. “Kolaborasi ini akan membuka peluang bagi pelbagai projek dan inisiatif yang akan membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar di kalangan pelajar, guru, ibu bapa, penaja dan masyarakat setempat. Ini merupakan langkah bersama dalam membentuk generasi masa depan yang lebih prihatin terhadap bumi kita,” katanya.

Kolaborasi ini merupakan langkah penting dalam mempromosikan pendidikan alam sekitar dan kesedaran kelestarian di kalangan pelajar, serta mempromosikan penglibatan komuniti secara menyeluruh dalam mencipta masa depan yang lebih hijau dan mampan serta mengimbangi kesan perubahan iklim.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
T : +(60)122242015 | E : communications@greengrowthasia.org | W : greengrowthasia.org

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top