Green Growth Asia Foundation

GGAF, Lynas Malaysia Sdn Bhd Meterai NOC Kerjasama Pendidikan Perubahan Iklim Melalui Program Eco-Schools Malaysia

Dua sekolah di Kuantan menyertai program Eco-Schools Malaysia dengan tajaan Lynas Malaysia Sdn Bhd

KUANTAN, PAHANG, 21 SEPTEMBER 2023 – Green Growth Asia Foundation (GGAF), selaku penyelaras kebangsaan program Eco-Schools di Malaysia, hari ini telah memeterai Nota Kolaborasi (NoC) dalam usaha mengimplementasi pendidikan alam sekitar dan usaha kelestarian di dua sekolah dari Kuantan melalui program Eco-Schools Malaysia.

Program Eco-Schools adalah sebuah inisiatif diiktiraf global dalam memperkasakan pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan persekitaran yang mampan dan mesra alam. Program ini telah dibangunkan oleh Foundation for Environmental Education (FEE) yang berpusat di Copenhagen, Denmark. 

KETERANGAN: Majlis Pemeteraian Kerjasama Program Eco-Schools Malaysia bersama Green Growth Asia Foundation, Lynas Malaysia Sdn Bhd bersama SMK Chengal Lempong dan SK Beserah dari Pahang bagi program Eco-Schools Malaysia

Di bawah perkongsian strategik ini, Lynas Malaysia Sdn Bhd, sebuah kilang pemisahan logam tanah jarang terkemuka menghasilkan produk Oksida Logam Tanah Jarang (REO) untuk pelanggan global, beroperasi dengan komitmen terhadap piawai keselamatan dan alam sekitar moden yang terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng berhampiran Kuantan, berperanan sebagai penaja bagi program Eco-Schools di SMK Chengal Lempong dan SK Beserah, Kuantan.

Lynas Malaysia Sdn Bhd komited untuk operasi yang mampan, tanggungjawab alam sekitar dan memupuk interaksi positif dengan komuniti di Kuantan. Kolaborasi dengan GGAF menegaskan keazaman Lynas Malaysia Sdn Bhd dalam memajukan masa depan yang mampan dan teknologi hijau. Inisiatif ini memperkayakan lagi perjalanan Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) syarikat dan memperkuat prinsip sosial yang menekankan hubungan positif dengan komuniti di tempat syarikat beroperasi.

Siti Hajar binti Jamal, Penyelaras Program Pendidikan Hijau dari Green Growth Asia Foundation, menekankan peranan penting yang dimainkan oleh pihak berkepentingan dalam pembangunan mampan. “Kolaborasi ini akan membuka peluang bagi pelbagai projek dan inisiatif yang akan membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar di kalangan pelajar, guru, ibu bapa, penaja dan masyarakat setempat. Ini merupakan langkah bersama dalam membentuk generasi masa depan yang lebih prihatin terhadap bumi kita,” katanya.

Dari kiri: Nadia Waheda Mat Rahim (Guru, SK Beserah), Faizah Tai Abdullah (Guru, SK Beserah), Siti Hajar Jamal (Penyelaras program Eco-Schools Pahang, Green Growth Asia Foundation), Md Isa Mihat (Naib Pengerusi PIBG SK Beserah), Rohayu Syamsudin (Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Beserah), Mimi Afzan Afza (Timbalan Presiden Modal Insan dan Komuniti, LYNAS Malaysia), Tuan Haji Norhisham Rani (Pengetua, SMK Chengal Lempong), Ir. Ts. Dr. Norizam Sulaiman (YDP Pengerusi PIBG, SMK Chengal Lempong), Zulhilmi (Guru Penolong Kanan Kokukurikulum, SMK Chengal Lempong)

Majlis Pemeteraian Kerjasama Program Eco-Schools Malaysia ini juga menyambut kehadiran wakil ketua sekolah dan pemimpin Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG). Melalui penyertaan aktif dan komitmen yang kukuh terhadap inisiatif ini, kerjasama pihak sekolah menggariskan keazaman mereka dalam memupuk masa depan yang mampan dan kesedaran alam sekitar untuk generasi muda.

Kolaborasi ini merupakan langkah penting dalam mempromosikan pendidikan alam sekitar dan kesedaran kelestarian di kalangan pelajar, serta mempromosikan penglibatan komuniti secara menyeluruh dalam mencipta masa depan yang lebih hijau dan mampan serta mengimbangi kesan perubahan iklim.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
T : +(60)122242015 | E : communications@greengrowthasia.org | W : greengrowthasia.org

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top